Tuesday, April 15, 2014

PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI DALAM POLISI ETIQA TAKAFUL




PENYAKIT-PENYAKIT KRITIKAL YANG DILINDUNGI DALAM POLISI ETIQA TAKAFUL

Salam Buat Semua,


Untuk makluman semua, di bawah saya sertakan 36 jenis-jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Critical Illness rider yang boleh disertakan bersama-sama  pelan-pelan simpanan .

TAKRIF


DIAGNOSIS - hendaklah bermaksud diagnosis definitif yang dibuat oleh Pakar Perubatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti yang diperlukan dalam takrif bagi setiap Penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan disokong oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.
Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, kami akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta/Orang yang Dilindungi dan/atau apa-apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang kami lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat Peserta/Orang yang Dilindungi dan Kami.

PAKAR PERUBATAN – Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta/Orang yang Dilindungi itu sendiri, suami/isteri, saudara-mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan/atau majikan Peserta/Orang yang Dilindungi.


PENYAKIT DILINDUNGI:

1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.

2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.

3 Penggantian Injap Jantung .
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.

4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.

5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.

6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

7. Tumor Otak Benigna
Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.

8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.

9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.

10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.
Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan

11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.

Aktiviti kehidupan harian adalah:

a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.

12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.
Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.


13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.

14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.

15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.

16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.

17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.
Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.

19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.

20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.

21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.

22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:

a) Pemindahan produk darah
b) Agen perangsang sumsum
c) Agen imunosupresif
d) Pemindahan sumsum tulang

23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:

Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.

Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
Permukaan tubuh

25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.

26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.

27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:

a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)Ensefalopati

Penyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.

28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:


a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)Demam kuning yang semakin teruk.

Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :

a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; dan
c)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.

Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.

30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.

31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.

32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.

33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.

Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular

34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.

35. Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.
Kriteria berikut mestilah dipatuhi:

a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
b)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; dan
c)Dsypnoea semasa berehat.

36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot


Tiada manfaat akan dibayar dibawah Peristiwa yang Dilindungi ini sebelum Hayat yang Diinsurankan mencapai umur 12 tahun pada harijadi yang berikutnya


Untuk Maklumat Percuma :
Sila hubungi : Perunding Takaful Anda
Nama : Mohd Nassir Che Azid
Telephon : 019-4406919
Email : annas.dagang@gmail.com

Monday, April 14, 2014

PLAN HARMONI, ETIQA TAKAFUL







PELAN HARMONI







Impian Masa Hadapan Lebih Cerah


Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.


Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian. *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates

Pengenalan Pelan


Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan.

Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat )







Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

 #Manfaat kematian
#Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
#Pulangan tunai ketika sijil matang


Fahami Terma berikut: 

Manfaat kematian: Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan
Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh:
Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Pembayaran Manfaat Kematian

Manfaat Kematian Biasa dan Kematian Akibat Kemalangan

Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal dan Menyeluruh

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )

Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta
( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .

Manfaat hanya akan dibayar secara berperingkat jika jumlah perlindungan melebihi RM 200,000
dan umur peserta akan datang kurang dari 5 tahun seperti berikut:-

Tahun pertama : 20% dari jumlah perlindungan + Jumlah Simpanan Peserta + Keuntungan dari Akaun Peserta

Tahun kedua : 40% dari Jumlah perlindungan

Tahun ketiga : 60% dari jumlah perlindungan

Tahun keempat : 80% dari jumlah perlindungan

Tahun kelima : 100% dari jumlah perlindungan


Tambahkan Nilai Pelan Anda
Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider berikut :-

1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Medic Save.
7. Rider Indemniti Kemalangan.
8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
9. Rider Bertempoh.
10. Rider Tambah Nilai Tetap.

Kaedah Pembayaran seperti berikut :

* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.

Pembahagian Yuran Prestasi dan Insentif.

* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.

Peserta : 50%
eTiQa Takaful : 50%

* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.

Peserta : 85%
eTiQa Takaful : 15%


Siapa yang boleh menyertai:
a)Umur dari berusia 14 hari hingga 60 tahun.
b) Sumbangan minima RM70.00 sebulan.



Untuk Maklumat Percuma :
Sila hubungi : Perunding Takaful Anda
Nama : Mohd Nassir Che Azid
Telephon : 019-4406919
Email : annas.dagang@gmail.com



Wednesday, April 9, 2014

Fazilat surah al-Falaq dan an-Nas

Fazilat surah alFalaq & anNas



=====================================

Surah alFalaq an anNas turun tatkala Rasulallah (s.a.w) balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi, yang benama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir keatas Rasullah (s.a.w). Dengan kerja sama dari budak Yahudi, khadam nabi, mereka telah mencuri sisir (sikat) kepala nabi serta gigi sisir.

Rupa Rasullah (s.a.w) dibuat dengan lilin, ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas simpulan.

Maka di takdirkan, Rasullah telah terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika nabi tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Malaikat yang di kepala: “Apa kena lelaki ini?”
Malaikat yang di kaki: “Disihir orang”
Malaikat yang di kepala: “Siapa sihir?”
Malaikat yang di kaki: “Labid bin Aksam, Yahudi”
Malaikat yang di kepala: “Dengan apa disihir?”
Malaikat yang di kaki: “Dengan sisir kepala dan gigi sisir:
Malaikat yang di kepala: “Di mana?”
Malaikat yang di kaki: “Dalam sumpit daun tamar di bawah batu dalam telaga zarwan”

Rasullah (s.a.w) kemudiannya terjaga dari tidur, menyuruh saidina Ali, Saidina Zubir dan Omar bin Yasir pergi membuka telaga zarwan, dibawa keluar sumpit yang berada dibawah batu. Di dalam sumpit tersebut terdapat sisir kepala dan gigi sisirnya dan sebelas simpul dan sebelas jarum.

Maka turunlah kedua surah ini. Apabila di baca satu ayat, maka terurailah satu simpul, sehinggalah terurai sekelian simpulannya. Maka bangunlah Rasulallah (s.a.w) seperti terungkai dari ikatan. Apabila dicabut satu jarum, terasa sakit dalam tubuh, kemudiannya hilang.

Diriwayatkan dari ‘Aisyah (r.h) bahawa Rasulallah (s.a.w) pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau membaca surah Ikhlas, surah alFalaq dan surah anNas. Ditiupkan pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Saidina ‘Ali (r.h) menerangkan; pernah Rasulallah (s.a.w) digit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digit kala tadi.

‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.

Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.

Sesiapa yang takut akan godaan syaitan atau manusia atau takut dalam kegelapoan malam atau takut kekejaman raja, bacalah surah alFalaq dan surah anNas sebanyak 100 kali.



sumber : http://junjungan.wordpress.com/